ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini model SUV elektrik Sony?

Foto Intip

Views

Setelah menggemparkan dunia automotif dunia dengan pengenalan prototaip model konsep sedan Vision-S semasa pameran Consumer Electronics Show (CES) awal tahun ini, gergasi elektronik Sony nampaknya dalam diam-diam membangunkan sebuah model SUV.

Imbasan kelibat model SUV tersebut telah dimuat naik oleh rakan pembaca MizzJo menerusi akaun Facebooknya. Walaupun hanya memperlihatkan bahagian muncung depan, berdasarkan ketinggian dan penggayaan luaran jelas menampakkannya sebuah SUV.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Dari segi rekaan, ia mempunyai kesinambungan rekaan dari model sedan Vision-S. Apa yang bermain di fikiran kami sekarang, adakah Sony kini dalam proses untuk menjadi pemain terbaharu dalam dunia automotif global? Jika ia menjadi realiti, adakah Sony bakal menjadi seteru kepada Tesla?

Apabila diimbas kembali, model Vision-S sebenarnya dicipta untuk mempamerkan keupayaan teknologi Sony dalam mobiliti. Model ini dikuasakan oleh sepasang motor elektrik berkuasa 200 kW. Ia hanya memerlukan 4.8 saat untuk mencecah kelajuan 100 km/j dengan kelajuan maksima 239 km/j.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Vision-S mempunyai tidak kurang daripada 33 sensor termasuklah sensor imej CMOS, Solid State LiDAR dan radar terbenam merentasi bahagian luaran yang membolehkannya mengesan dan mengecam orang dan objek di luar kenderaan tersebut.

Dalam merealisasikan model konsep ini, beberapa syarikat turut terlibat dalam membantu Sony dalam proses pembangunan, antaranya Bosch, Continental, NVIDIA, dan Qualcomm. Sama-sama kita nantikan bilakah Sony akan memperkenalkan model SUV ini nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

Sony Vision-S

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply