ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini Nissan Almera generasi baharu?

Foto Intipan

Views

Laman sesawang Headlightmag.com telah memuat naik beberapa foto intipan sebuah model misteri yang sarat dengan celoreng penyamaran dan ia dikatakan model generasi baharu Nissan Almera. Foto-foto tersebut telah diperolehi menerusi Automedia Group yang berjaya merakam unit ujian model tersebut di Farmington Michigan, Amerika Syarikat.

Untuk pasaran di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai Nissan Versa. Generasi baharu Nissan Almera akan dibina dari pelantar V-Platform yang telah dinaik taraf. Walaupun masih sarat dengan celoreng penyamaran kita masih dapat melihat imbasan rekaan luaran model tersebut yang mempunyai gaya rekaan Nissan Micra untuk pasaran Eropah.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Kali ini bentuk punggungnya lebih seksi dan mungkin mempunyai unsur rekaan Nissan Altima. Almera generasi baharu bakal dijana oleh enjin 1.0 liter yang dikatakan mampu menghasilkan kira-kira 100 kuasa kuda. Enjin ini bakal digandingkan bersama transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan.

Model ini bakal dilancarkan di China pada suku kedua 2019 dan dijangka memasuki pasaran Thailand pada suku keempat. Adakah Almera generasi baharu bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada tahun depan? Kita sama-sama nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply