ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Adakah ini Toyota Vios GR Sport?

Foto Intip

Views

Belum pun sempat Toyota Malaysia melancarkan gandingan beregu Vios dan Yaris facelift, muncul pula foto intip yang dikatakan model Vios GR Sport yang telah dimuatnaik ke akaun Facebook bernama RiderAth sejak semalam.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Tidak dipastikan di mana lokasi penemuan model yang masih dilitupi pada beberapa bahagian, terutama di depan dan belakang, namun ia kelihatan seperti di dalam sebuah fasiliti kilang. Jika diperhatikan secara teliti, model ini menggunakan versi facelift Vios yang bakal dilancarkan nanti yang dipasang dengan kit badan khas GR Sport.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan rim aloi baharu kemasan hitam berkilat dan kita juga dapat melihat imbasan di bahagian dalam yang menampilkan tempat duduk jenis separa ‘bucket‘ dengan gabungan warna hitam dan kelabu beserta sulaman logo GR pada penyandar kepala.

Kami menjangkakan tiada penalaan dibuat pada bahagian enjin kerana ia mungkin sekadar model dengan perubahan kosmetik sahaja. Ia masih lagi menggunakan enjin pada model sedia ada 1.5L 2NR-FE dengan Dual VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 107 PS dan daya kilas maksima 140 Nm. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RiderAth

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply