ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Apa yang diuji oleh Proton Persona ini?

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto dan klip video intipan ini yang dihantar oleh Darmizi Dahari. Sempat juga lah kami mengedit video ‘lebih kurang’ supaya lebih sronok ditonton. Menurut Darmizi, unit ujian Proton Persona yang membawa “dummy” ini mungkin sedang melakukan ujian bebanan dan ia telah berjaya dikesan sekitar lebuh raya NKVE.

Adakah model ini digunakan sebagai “mule” untuk model baharu Proton nanti? Model apa kami pun tidak pasti. Mungkin juga model ini menguji enjin dan transmisi baharu dari Geely yang bakal digunakan oleh Proton nanti. Jika anda perhatikan salah satu foto di bawah, emblem Proton juga telah dicabut bagi mengelirukan pandangan orang awam, namun bagi yang cekap macam Darmizi, sudah pasti kelibatnya akan diekori untuk merungkai misteri.

Ada yang nak bikin spekulasi mengenai penemuan terbaharu ini ke? Bincangkannya di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments

Leave a Reply