Kelibat crossover coupe Borgward BX6 berjaya dikesan sekitar Lembah Klang hari ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia unit ujian atau dimiliki oleh individu persendirian. Video dan foto intipnya sempat dirakam oleh ‘rakan pengintip’ tersohor kami, Amir Zaheen Minhaj.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Katanya di bahagian belakang crossover coupe ini ada pelekat yang tertera perkataan pemanduan kiri (LHD), namun ia tidak jelas di dalam video dan foto yang kami perolehi.
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan foto intip BX5 yang dipasang secara tempatan oleh Go Bremen Motors, pengedar rasmi untuk jenama Borgward untuk pasaran tempatan dan beberapa pasaran terpilih di rantau Asia Tenggara.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Buat masa ini BX6 masih belum dijual secara rasmi di Malaysia dan ada kemungkinan ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi. BX6 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocas yang mampu menghasilkan 221 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.
Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi enam-kelajuan automatik dengan mod manual. Kuasanya disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda “4Max” dan ia turut didatangkan dengan lampu hadapan LED, rim aloi kemasan dwitona bersaiz 19-inci, kemasan dalaman kulit serta sistem henti-melahu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI