ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Citroën C3 terus diuji

Foto Intip

Views

Agak lama juga kami tidak menyiarkan foto intip kan? Semalam, laman Facebook sahabat kami TheAjerul ada memuatnaik satu foto intip yang memaparkan kelibat sebuah model SUV kecil yang sarat dengan pelitup celoreng.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Model tersebut dikatakan SUV kompak terbaharu Citroën C3 (namakod CC21) yang bakal dilancarkan di India pada awal tahun depan (2022). Sebelum ini kami pernah menyiarkan foto intip model yang sama dalam artikel terdahulu.

Citroën C3 dibangunkan dari pelantar Common Modular Platform yang dihasilkan oleh Groupe PSA. Model SUV kecil yang bersaiz kurang dari empat meter panjang ini akan turut menerjah ke pasaran Amerika Selatan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia akan dijana oleh enjin  petrol 1.2-liter turbocas yang digandingkan dengan pilihan transmisi manual dan automatik. Di pasaran India, ia bakal berentap dengan Nissan Magnite, Renault Kiger, Maruti Suzuki Ignis dan Tata Punch.

Jika ia dilancarkan di pasaran Malaysia kelak, ia bakal bersaing dengan Perodua Ativa. Nampaknya Berjaya Auto Alliance (BAASB) memang ‘pulun habis’, memandangkan telah banyak model ujian telah dikesan, namun masih belum ada lagi yang dilancarkan secara rasmi setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply