ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Daihatsu Terios berjaya dikesan, bayangan SUV Perodua kini mula kelihatan!

Views

Sebelum kami keluar untuk solat Jumaat tadi, sempat kami naikkan satu artikel yang berkaitan dengan SUV/MPV Perodua. Akhirnya muncul juga kelibat unit ujian model yang dikatakan pengganti Daihatsu Terios/Toyota Rush berjaya dikesan oleh pembaca laman sesawang automotif Indonesia, Autonetmagz.com.

Memang benar telahan kami yang pihak Toyota dan Daihatsu sangat terkesan dengan kehadiran Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander kerana kedua keduanya sedang rakus menelan pasaran Toyota Rush dan Daihatsu Terios yang semakin dimamah usia. Model SUV dengan nama kod D14N bakal mempunyai tujuh tempat duduk seperti pesaingnya.

Jika diperhatikan daripada bentuk secara kasar kerana unit ujian ini sarat dengan mod penyamaran, ia mengingatkan kami kepada model Daihatsu FT Concept yang telah dipertontonkan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show 2015. SUV ini berada dalam segmen-B dengan tujuh tempat duduk seperti Honda BR-V. Ini mungkin secara tidak langsung menyangkal artikel kami sebentar tadi.

BACA >> Adakah Daihatsu DN Multisix Concept dan Perodua Concept X beri petunjuk kepada model MPV/SUV Perodua?

Dimensi model pengganti Daihatsu Terios/Toyota Rush (D14N) ini pula berukuran 4,350mm (panjang), 1,750mm (lebar) dan 1,690mm (tinggi), dengan jarak roda 2,685mm. Difahamkan model ini akan dijanakan oleh enjin berkapasiti 1.5 liter, kami jangka enjin (1.5 liter Dual VVT-i) yang digunakan pada Myvi generasi ketiga dan Vios baharu.

Nampaknya sekarang kita sudah mendapat bayangan rupa sebenar bakal SUV Perodua (D38L) yang turut berkongsi pelantar yang sama dengan model pengganti Daihatsu Terios/Toyota Rush (D14N). Model D38L dijangka memasuki pasaran Malaysia seawal tahun 2018 atau selewat-lewatnya pada 2019, jangkaan kami pelancarannya seawal suku ke-empat 2018 atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2019. Nantikan kemunculannya!

Sumber Autonetmagz.com

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu FT Concept

Daihatsu DN Multisix Concept

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply