ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Dua unit ujian Haval H6 generasi ketiga dikesan, termasuk varian HEV!

Foto Intip

Views

Akhirnya terjawablah sudah segala teka-teki unit ujian ‘SUV misteri’ apakah yang sarat dengan pelitup celoreng penyamaran dalam artikel kami baru-baru ini.

Memang sudah terang lagi bersuluh, ia memang model generasi ketiga Haval H6. Kali ini, ada dua ujian Haval H6 generasi ketiga yang telah dikongsikan oleh sahabat kami, Hazizy Sahar.

Sebenarnya kedua-dua unit ujian ini telah berjaya dikesan oleh rakannya yang bernama, Qaza. Tidak dipastikan di mana lokasi sebenar penemuannya, namun ada kemungkinan ia dikesan di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.

Kedua-dua unit ujian tersebut merupakan varian yang berbeza jika diperhatikan kepada bentuk jerijinya. Apa yang pasti, berdasarkan pemerhatian kami, GWM Malaysia bakal membawa masuk varian petrol dan juga HEV (hibrid).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Haval H6 ditawarkan dengan pilihan enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo berkuasa 169 PS dengan 280 Nm daya kilas atau 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo berkuasa 204 PS dengan 320 Nm daya kilas.

Di pasaran Thailand, ia turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid 1.5 liter turbo petrol yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa sebanyak 243 PS dengan 530 Nm daya kilas.

Model SUV ini bakal berentap dengan ‘kembar’ rakan sekampungnya dari China, iaitu Proton X70 dan juga beberapa model lain di pasaran Malaysia kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Qaza dan Hazizy Sahar

Haval H6

Haval H6 HEV

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply