Dapat juga kami foto risikan Exora Refinement 2017 yang sedang dalam perjalanan ke bilik pameran. Foto ini sempat dirakam oleh sahabat admin Ejal Shaharudin, di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan. Sebelum ini sudah dua kali kami membongkarkan kewujudan model ini, namun artikel terbaharu kami terpaksa diturunkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Untuk Exora Refinement 2017, hanya dua varian sahaja akan diperkenalkan nanti – Executive dan Executive Plus. Varian Executive Plus dijangka akan menggantikan varian Premium. Harga tidak rasmi bagi Exora Refinement varian Executive adalah RM67,800, manakala varian Executive Plus berharga RM75,800.
BACA >> Exora MC2 akan menerima pakej NVH lebih baik, mungkin dilancar selepas Raya
Lima pilihan warna :
- Ruby Red (warna baharu)
- Elegant Brown
- Cocoa Grey
- Indiana Grey
- Cotton White
Apa yang diperhalusi dari model sebelumnya?
- Pakej NVH yang mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran.
- Cagak enjin tiga titik yang membantu mengurangkan bunyi bising dan gegaran.
- Warna badan dua tona – cermin sisi, spoiler belakang dan bumbung kini dicat warna hitam Quartz Black (untuk varian Executive Plus CVT sahaja).
- Sayap Proton dan bar krom belakang dicat warna hitam berkilat.
- Kit badan dan pelapik sisi badan berwarna kelabu gelap.
- Rim aloi 16 inci dua-tona (diambil dari model Inspira).
- Wheel cap dengan logo baharu Proton.
- Emblem logo baharu Proton di hadapan dan belakang.
- Sistem audio baharu dengan sambungan USB.
Kami fahamkan tempahan bagi model ini sudah dibuka dan foto risikan ini juga menandakan pelancarannya sudah semakin hampir, kami jangka paling awal minggu hadapan sebelum Aidilfitri menjelang tiba. Lagipun kereta dah mula diedarkan ke bilik pameran, nak peram lama-lama pun tak guna kan?
Jom tonton Episod ke-6 ENGEAR. Kali ini kami tidak pandu uji kereta atau tunggang uji motosikal, tapi kenapa Hos, Shamsul Yunos meroyan sampai macam ni sekali? Kalau nak tahu sebab apa, tontonlah video ni sampai habis, banyak pengajaran yang anda akan dapat nanti. Jangan lupa subscribe saluran ENGEAR sekali, PERCUMA aje!
* Maklumat baharu kami terima, Proton masih menggunakan hos penyejuk enjin (OCH) sedia ada pada model ini kerana versi baharu masih lagi diuji.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI