ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ford Ranger Raptor dah tiba di bumi Malaysia!

Views

Kami dapat rasa peminat trak pikap di Malaysia sedang bergembira sambil menari Zumba apabila melihat foto-foto ini kan? Trak pikap berprestasi tinggi Ford Ranger Raptor telah selamat tiba di tanahair yang tercinta ini. Foto-foto intipan terbaharu ini telah dikongsikan kepada oleh ‘sahabat’ kami Albert Sia sebentar tadi.

Katanya foto-foto ini telah berlegar di laman group pemilik Ford Ranger, namun tidak pasti di manakah lokasi tepat Ranger Raptor ditemui. Berkemungkinan ia disorok dan ditemui dibelakang bangunan SDAC di Petaling Jaya. Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin 2.0L diesel BiTurbo yang mampu menghasilkan 213PS dan 500Nm dan digandingkan bersama transmisi automatik 10-kelajuan.

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

Enjin tersebut adalah serba baharu dan buat kali pertama diperkenalkan di dunia manakala transmisi automatik itu pula dikongsi bersama dengan Ford F150 Raptor. Ranger Raptor telah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada awal tahun ini dengan menampilkan gaya rekabentuk yang ala model Raptor dan dilengkapi sistem kawalan cengkaman dengan Mod Baja serta sistem gantungan belakang lengkap dengan tautan Watts serta peredam dari Fox.

Kami masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tarikh pelancarannya, namun jika ia sudah tiba di sini sudah pasti penantian peminat trak pikap tidak perlu menanti terlalu lama lagi. Nantikan info selanjutnya daripada kami!

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply