ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Foto konsol tengah papan pemuka Perodua Ativa tular – Hanya sedikit berbeza dengan Daihatsu Rocky

Foto Intip

Views

Semalam, sekali tular lagi foto Perodua Ativa (D55L) dan apa yang menarik kali ini ia memaparkan konsol tengah papan pemuka SUV kompak tersebut. Sekilas pandang nampak macam sama sahaja namun, hanya ada sedikit sahaja perbezaan dengan kembar Jepunnya, iaitu Daihatsu Rocky.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

Perbezaan yang paling ketara adalah di bahagian unit kawalan pendingin hawa. Untuk Ativa, Perodua telah menggunakan jenis tekan dengan paparan digital, manakala Rocky masih menggunakan jenis tombol. Jujur kami katakan, versi Ativa nampak sedikit janggal dan bentuknya nampak tidak begitu harmoni dengan ruang yang ada.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Satu lagi perbezaan yang boleh dilihat adalah ketiadaan butang fungsi pandangan panoramik (jika tidak silap kami) di bahagian stereng meskipun slot untuk fungsi tersebut ada tetapi dikosongkan. Tidak dipastikan sama ada foto yang tular ini diambil dari varian yang mana, mungkin antara H atau AV memandangkan sterengnya dibaluti kulit.

Untuk info yang lebih terperinci, nantikan pelancaran Perodua Ativa pada 3 Mac ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply