ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Honda City 2020 jalani penggambaran iklan di AKLEH

Foto Intip

Views

Rakan media kami di PanduLaju.com.my telah memuatnaik foto kelibat Honda City 2020 tanpa pelekat penyamaran yang dikawal oleh anggota trafik di Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). pagi tadi. Foto unit Honda City 2020 yang berjaya dirakam oleh Mohd Munir itu berkemungkinan sedang menjalani penggambaran iklan.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Adakah ini petanda besar model sedan yang paling dinantikan itu bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat? Jika diperhatikan pada foto tersebut, model yang berjaya dirakam adalah dari varian RS berdasarkan kepada warna badan Ignite Red, rekaan rim aloi dan spoiler nipis pada bahagian butnya.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Ketika ini laman Facebook rasmi Honda Malaysia semakin galak menyiarkan siri iklan acah dan yang terbaharu memaparkan lampu belakang model tersebut kira-kira dua hari yang lalu. City generasi kelima telah dilancarkan di Thailand tahun lalu.

Ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC). Adakah versi Malaysia akan mendapat enjin yang sama nanti? Kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply