ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Honda City 2020 sedang jalani ujian di Thailand

Foto Intipan

Views

Laman Facebook rakan sekutu kami TheAjerul baharu sahaja memuat naik beberapa foto unit ujian Honda City generasi baharu yang sedang menjalani ujian di Thailand. Foto-foto intipan tersebut telah berjaya dirakam oleh salah seorang wargamaya yang dikenali sebagai NateSri.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Unit ujian yang sarat dengan celoreng penyamaran ini memperlihatkan reka bentuk baharu Honda City yang nampak lebih matang walaupun masih berselindung. Dari depan kita dapat melihat rupa keluarga baharu Honda yang kini digunakan pada model terkini seperti Accord dan Insight.

Secara kasar, rupa keseluruhan City generasi baharu nampak lebih sporty dan mengikut trend terkini model-model sedan dalam segmen-B yang ada dipasaran ketika ini seperti Toyota Vios dan Nissan Almera.  Menurut laporan, model spesifikasi Thailand nanti akan dijana oleh enjin petrol 1.0 liter turbo 3-silinder VTEC yang turut menampilkan sistem Dual VTC.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Enjin ini akan dipadankan dengan pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT. Selain itu versi hybrid juga akan turut ditawarkan dengan penjana tenaga i-MMD dual-motor, yang merupakan gandingan enjin 1.5-liter petrol dan dua motor elektrik.

Model City generasi baharu ini dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan dan kami tidak pasti bilakah Honda Malaysia akan membawanya ke sini nanti. Sudah pasti Toyota dan Nissan tidak akan berdiam diri dengan kehadiran City generasi baharu ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply