ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Honda City facelift (2023) mula dikesan di India

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Honda City yang sarat dengan pelitup penyamaran telah berjaya dikesan di India kira-kira sebulan yang lalu dan foto intipnya telah dimuatnaik ke portal permotoran, 91wheels.com.

Unit ujian yang dibawa dengan trak penunda itu dikatakan dalam perjalanan ke pusat Persatuan Penyelidikan Automotif India (ARAI) untuk diberi penilaian terlebih dahulu.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Menurut info, model City facelift (2023) ini akan mengekalkan rangkaian kuasa sedia ada, iaitu unit enjin petrol 1.5-liter i-VTEC dan juga versi hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD).

Jika diperhatikan pada foto intip tersebut, kelihatan ada beberapa perubahan dibuat City facelift (2023) termasuklah pada bahagian jeriji, bampar depan serta belakang, lampu kabus baharu dan rekaan liang udara.

Berkemungkinan, ada perubahan dibuat pada lampu belakang untuk memberikan rupa yang lebih segar. Di ruangan kabin, dijangka menampilkan sistem infohibur dengan skrin sesentuh baharu serta beberapa ciri lain.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Model ini dijangka masih mengekalkan teknologi Honda SENSING yang terdiri daripada:

  1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  2. Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  3. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  5. Penghindar Terbabas (RDM)
  6. Amaran Keluar Lorong (LDW)
  7. Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Setakat ini belum dapat dipastikan, bila atau negara mana yang terlebih dahulu mendapat City versi facelift (2023). Kekal setia dengan portal ini untuk mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 91wheels.com

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply