ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Honda Civic 2022 dikesan tanpa sebarang pelitup penyamaran

Berita Global

Views

Sebenarnya, ini merupakan kali yang kedua, model produksi Honda Civic 2022 berjaya diintip oleh orang awam. Kali ini beberapa foto telah dimuat naik ke laman CivicXI, yang memaparkan kelibat generasi ke-11 Civic yang sedang diangkut dengan treler tanpa sebarang pelitup penyamaran. Difahamkan ini merupakan unit pengeluaran untuk versi pasaran China.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Jika diperhatikan, versi pengeluaran Civic 2022 sememangnya tidak jauh berbeza dengan model Civic Prototype 2022 yang membuat penampilan sulungnya pada November tahun lalu. Reka bentuknya tidaklah terlalu radikal sepertimana generasi semasa “Civic Ketam” dan gaya rekaan baharunya dilihat lebih matang. Sekilas pandang, mungkin ramai yang akan menganggapnya sebagai kembar kepada Accord.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Buat masa ini, rekaan dalamannya masih lagi misteri dan berkemungkinan model ini akan dijana dengan dua pilihan enjin. Salah satunya adalah enjin aspirasi normal 2.0-liter empat-silinder yang menjana 158 kuasa kuda, manakala satu lagi adalah unit 1.5-liter empat-silinder turbo yang mampu menghasilkan 174 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply