ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Honda CR-V facelift 2020 ber’pelitup bampar’ dikesan di Thailand

Foto Intip

Views

Nampaknya negara jiran kita Thailand bakal menerima Honda CR-V versi facelift (2020) terlebih dahulu kerana kelibat unit pameran model tersebut dilihat sedang berada di atas sebuah treler pengangkut. Ia berjaya dikesan oleh Flame Chaiyapong, yang merupakan salah seorang pembaca blog Car News Update

CR-V versi facelift yang dikesan ini kelihatan serupa seperti model yang telah diperkenalkan lebih awal di Amerika Syarikat tahun lalu. Di negara ‘Uncle Sam’ itu, ia turut ditawarkan dengan satu varian baharu iaitu hibrid. Meskipun model yang dikesan ini masih ber’pelitup bampar’, namun kelihatan agak jelas bentuk bawah bampar depannya yang seakan misai melenting ala ‘Wak Doyok‘.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Bampar belakangnya juga turut menampilkan misai Wak Doyok tetapi ia lebih kontot. Selain bampar depan yang masih disorok, bahagian belakang lampu juga ditutup dengan plastik putih bagi menyembunyikan kemasan lampu yang lebih gelap. Model ini turut dikatakan bakal diperkenalkan di Vietnam tidak lama lagi memandangkan beberapa fotonya telah didedahkan oleh Jabatan Pendaftaran Vietnam.

Di negara tersebut, ia bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, E, G, L, dan LSE (varian terbaharu). Semua varian dijana dengan enjin petrol L15BG VTEC Turbo 1.5 liter 4 silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 190 PS dan 243 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT dengan kawalan logik Honda G-Shift dan pilihan pacuan dua roda depan atau semua roda.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Bilakah versi facelift CR-V ini akan tiba di Malaysia? Menurut jangkaan kami, ia akan tiba pada awal tahun depan memandangkan model ini masih belum dilancarkan di Thailand. Kebiasaannya Honda Malaysia akan melancarkan model terbaharu mereka lewat setahun dari negara jiran kita itu.

Untuk tahun ini, kita masih lagi menantikan ketibaan Honda City generasi kelima yang masih lagi belum kunjung tiba walaupun telah beberapa kali unit ujian bercelorengnya kelihatan berlegar di jalan raya negara kita.

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda CR-V facelift 2020

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply