ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Honda Elevate jalani ujian di Jepun, pelancaran rasmi 6 Jun di India

Foto Intip

Views

Beberapa foto intip kelibat unit ujian Honda Elevate berjaya dikesan di Jepun baru-baru ini. Unit yang lengkap dengan pelitup celoreng ini sempat dirakam dari jarak agak dekat oleh warganet bernama tanigest dan Soraemon11M.

SUV kompak terbaharu Honda ini bakal membuat kemunculan sulung global pada 6 Jun 2023. Elevate bakal menjadi produk ketiga yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun itu di India.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Jika diperhatikan pada foto-foto yang ada, Elevate seakan-akan mirip HR-V terutama sekali bentuk lampu hadapannya, manakala lampu belakangnya mempunyai sedikit persamaan dengan model W-RV.

Honda dijangka akan menawarkan pilihan enjin petrol 1.5-liter i-VTEC aspirasi alami (NA) yang menjana 121 kuasa kuda dan 145Nm daya kilas. Pilihan transmisinya punya terdiri daripada enam-kelajuan manual dan CVT.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Satu lagi pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin petrol 1.5-liter hibrid dari model City facelift yang dikhabarkan bakal menyusul kemudian.

SUV ini juga akan didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Honda Sensing dan turut dilengkapi ciri-ciri seperti kamera 360 darjah, tempat duduk hadapan berliang/ventilasi, pengecas nirwayar dan banyak lagi.

Fasa pengeluaran Elevate dijangka bermula menjelang bulan Julai, manakala penghantarannya menyusul kira-kira sebulan kemudian, iaitu menjelang penghujung bulan Ogos nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tanigest dan Soraemon11M

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply