Model sedan segmen-A, Honda Amaze generasi ketiga disahkan bakal membuat debut globalnya di India pada 4 Disember nanti.
Namun, kelibat unit ujian Amaze tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dirakam oleh salah seorang pelanggan portal MotorOctane bernama Aman yang berasal dari Lucknow, India.
Model yang berwarna Obsidian Blue ini telah dikesan ketika sedang menjalani ujian pada lewat malam di sekitar bandar tersebut.
Meskipun foto ini dirakam ketika melalui kawasan yang agak gelap, kita masih dapat melihat rekaan baharu Amaze pada bahagian depan dan juga belakang.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Mungkin ramai yang telah melihat lakaran awal Amaze 2025 akan merasa sedikit hampa kerana ‘gambaran visual’ yang dipaparkan, ibarat “indah khabar dari rupa” dengan model yang berjaya dirakam ini.
Tetapi, harus diingat, kebanyakan model sedan segmen-A akan kelihatan sedikit ‘gonjeng’ kerana ukuran dimensinya yang kecil menghadkan ruang kepala dan menyebabkan garis bumbung terpaksa direka tinggi sedikit.
Rekaan Amaze baharu ini juga banyak meminjam beberapa komponen dari model-model Honda sedia ada seperti City, HR-V dan Elevate (WR-V di Jepun).
Amaze 2025 dijangka masih mengekalkan rangkaian kuasa yang sama, iaitu enjin petrol 1.2-liter empat silinder i-VTEC yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual ataupun CVT.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Generasi ketiga Amaze ini nanti bakal memberikan saingan yang cukup kuat kepada pesaingnya iaitu Maruti Suzuki Dzire, Hyundai Aura dan Tata Tigor di pasaran India.
Sekiranya Honda Malaysia berhajat untuk membawa masuk Amaze 2025 ke pasaran tempatan, ia perlu ‘menumpaskan’ dua jaguh tempatan yang mendominasi pasaran keita ini, iaitu Proton Saga dan Perodua Bezza.
Jauh di sudut hati penulis berpendapat, reka bentuk model semasa Saga dengan Bezza nampak jauh lagi ‘segak dan kacak’ berbanding model ‘H’ kecil ini.
Untuk ‘tidak membunuh kegembiraan’, penulis ‘simpan’ dulu komen dan tunggu pelancarannya rasminya pada 4 Disember nanti. Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit MotorOctane
Lakaran Honda Amaze 2025
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI