ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ini unit pameran DFSK Dongfeng Glory 580 ke?

Foto Intip

Views

Tiada angin, tiada ribut namun secara tidak semena-mena muncul kelibat SUV DFSK Dongfeng Glory 580 tanpa sebarang pelitup celoreng berjaya dikesan oleh sahabat kami Amir Zaheen Minhaj, malam tadi di stesen BHP, Hentian Rehat dan Rawat (RNR), Tapah.

Yang menariknya model ini tidak memakai plat perdagangan dan pada badannya kelihatan pelekat yang memaparkan grafik ringkas nama pengeluar dan nama model beserta kapsyen “SUV Bandar 7-Tempat Duduk”.  Secara jujurnya kami langsung tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kewujudan model ini untuk pasaran tempatan, namun menurut info dari Amir, model ini merupakan unit CBU yang dipasang di Indonesia.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Kami mengesyaki model ini adalah unit pameran atau jerayawara kerana risalahnya turut dikongsikan oleh Amir. Dongfeng Glory 580 akan ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja iaitu Luxury Version dan harganya dikhabarkan akan berada pada julat RM80,000 dan ke atas.

Di Indonesia, harga jualan model ini adalah sekitar 308 juta Rupiah (kira-kira RM88,803). Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo DVVT yang dipadankan dengan kotak gear jenis CVT. Enjin ini dikatakan memenuhi piawaian emisi Euro-2 di Indonesia dan juga Euro-4.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Ruang kabin Dongfeng Glory 580 menampilkan kemasan dwitona gabungan warna coklat dan hitam dengan tempat duduk balutan kulit. Antara ciri-ciri yang ditonjolkan dalam cetakan risalah model ini termasuklah lampu belakang jenis LED berbentuk huruf C berkembar, lampu depan diinspirasikan dari mata helang, rim aloi 17-inci kemasan dwitona, sistem pemantauan tekanan tayar, kamera pemuka, brek parkir elektronik dan empat beg udara.

Ia turut menerima pengiktirafan 5-Bintang serta turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan brek kecemasan, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, penderia parkir, kamera pandang belakang dan lain-lain lagi.

Menurut risalah itu juga, pengedarnya DF Commercial Vehicle turut menawarkan waranti selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km. Tidak dipastikan bilakah model ini akan dilancarkan secara rasmi dan menurut firasat kami, ia akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply