ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Iriz Active ke tu?

Foto Intip

Views

Nampaknya kita dah dapat melihat rupa sebenar Iriz Active meskipun foto yang diperolehi hanya dalam resolusi rendah dan dirakam dari jauh. Foto-foto ini telah mula bertebaran di laman sosial dan yang pasti Iriz Active memang nampak comel dan ranggi.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Meskipun yang berubah hanya pada jeriji dan bampar serta pelapik lengkung tayar dan skirt sisi dwitona yang memberikan gaya lasak sebuah crossover, ia telah berjaya merubah penampilan Iriz menjadi lebih mantap. Kemasan pada lampu hadapan LEDnya menjadikan model ‘crossover jadian’ ini seolah-olah ‘bercelak’.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Kemasan krom kusam pada corong angin di bampar hadapan sudah cukup memberikan gaya crossover, tanpa perlu lagi meletakkan plat gelincir pada bahagian bawah. Kemasan hitam dan merah pada jeriji juga memberikan kelainan dan bentuknya sedikit berbeza dengan jeriji Persona MC2.

Kami difahamkan, Iriz Active dilengkapi dengan ciri baharu seperti tiga pilihan mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, Sport dan Eco, serta Pengurusan Intensiti Brek (Brake Intensity Manager – BIM) yang membolehkan pemandu berhenti di lampu isyarat tanpa perlu menukar gear kepada Neutral.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply