ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Iriz dan Saga R3 Limited Edition dalam perjalanan ke bilik pameran

Foto Intip

Views

Nampaknya ini petanda besar pelancaran dua model pertama Proton tahun 2021, Iriz dan Saga R3 Limited Edition yang pernah kami war-warkan dalam artikel terdahulu. Beberapa foto intip kedua-dua model yang memakai seragam hitam berjalur kuning dengan lencana R3 dikesan sedang dibawa oleh treler pengangkut ke pusat pameran Proton.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Apa yang menarik foto yang telah dimuat naik ke laman group rakan media, paultan.org Automotive/Car Discussion Group itu memaparkan kelibat kedua-dua model tanpa diselubungi oleh kain pelitup. Kita dapat melihat pelekat dengan reka corak grafik kombinasi warna kuning dan kelabu yang ditampal pada bahagian sisi kedua-dua model ini.

Foto asalnya agak sedikit gelap dan kami telah cuba untuk menaikkan resolusi serta warna supaya ia kelihatan lebih terang. Selain itu, lencana R3 berwarna kuning dilihat pada bahagian belakang model Saga manakala pada model Iriz pula, ia kelihatan pada spoiler belakangnya yang dicat dengan warna kuning.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Jika anda perasan, jenis rim yang digunakan pada Iriz R3 Limited Edition adalah sama dengan Satria Neo CPS manakala Saga masih mengekalkan rim asal varian Premium dengan kemasan dwitona, kelabu gelap dan krom. Setakat ini kami masih belum memperolehi maklumat mengenai tarikh pelancaran model tersebut.

Memandangkan Tahun Baharu Cina jatuh pada hari Jumaat ini (12 Februari 2021), besar kemungkinan pelancarannya akan dibuat selepas sambutan perayaan tersebut. Buat masa ini, masih belum ada sebarang iklan acah disiarkan di laman Facebook rasmi Proton Cars dan kami akan membawakan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply