ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Jaecoo J8 dikesan sedang jalani ujian jalan raya

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Jaecoo J8 dengan sedikit pelitup celoreng pada beberapa bahagian telah berjaya dirakam oleh sahabat kami, iaitu Amir Zaheen Minhaj, pagi ini.

Jaecoo J8 telah dipertontonkan secara eksklusif kepada media pada awal Januari tahun lalu dan bakal dijual dengan harga anggaran RM200,000.

Model ini ditawarkan dengan dua konfigurasi tempat duduk sama ada dua baris atau tiga baris bergantung kepada pasaran. Ia telah telah membuat debut global di Doha, Qatar pada Oktober 2023.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Di pasaran lain, ia turut dikenali sebagai Chery Tiggo 9. Dari segi dimensi, Jaecoo J8 berukuran 4,820 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,699 mm tinggi dan 2,820 mm jarak tapak roda.

Ia menonjolkan pengendalian off-road dan pengalaman mewah serta menampilkan sistem suspensi magnetik CDC terkini dengan respons penyesuaian tingkat milisaat.

Sistem ini dapat menyesuaikan redaman elektronik secara adaptif, menyesuaikan postur kenderaan secara ‘masa nyata’ mengikut keadaan jalan sekeliling, sehingga keseluruhan kenderaan sentiasa dalam keadaan pemanduan terbaik.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Dari segi rangkaian kuasa, ia menerima 2.0-liter turbo petrol yang menghasilkan 245 kuasa kuda dan 385 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan terus kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT), dengan pilihan pacuan dua-roda (2WD) atau pacuan semua-roda (AWD).

Mematuhi piawaian keselamatan global 5-Bintang tertinggi, struktur badan Jaecoo J8 juga menggabungkan reka bentuk penyerap tenaga sangkar yang inovatif.

Dengan kadar penggunaan keluli kekuatan tinggi sebanyak 85 peratus dan dilengkapi dengan sistem 10-beg udara mengelilingi 360°, ia boleh lah diibaratkan sebagai “kubu bergerak”.

Unik dalam kelasnya, Jaecoo J8 menampilkan “beg udara keselamatan jarak jauh” di antara tempat duduk pemandu dan penumpang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

Jaecoo J8

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply