Kelibat sebuah model SUV elektrik, Kaiyi X3 Pro EV telah berjaya dirakam oleh salah seorang ahli group Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) bernama Har Chee di Cyberjaya.
Unit berwarna putih tanpa sebarang pelitup celoreng penyamaran itu menggunakan plat perdagangan bernombor W/TP 488.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Setelah membuat sedikit carian di internet, penulis mendapati rekaan hadapan model yang dikesan ini sedikit berbeza dengan model semasa yang ada di pasaran.
Sedikit info ringkas mengenai Kaiyi X3 Pro EV:
- Dari segi dimensi, Kaiyi X3 Pro EV berukuran 4,440 mm panjang, 1,831 mm lebar, 1,646 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,632 mm. Jarak lega tanahnya 183 mm.
- Dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 120 kW dan 280 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik.
- Pilihan mod pemanduan Eco atau Sport.
- Dipacu oleh roda hadapan (FWD) dan kelajuan maksimanya mencecah 150 km/j.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
- Dikuasakan oleh pek bateri litium besi fosfat 53.6 kWj yang menawarkan jarak pandu 401 km (kitaran NEDC).
- Masa pengecasan di rumah selama 8-jam menggunakan pengecas 7kW AC, manakala untuk pengecasan pantas DC mengambil masa 30 minit dari takat bateri 30 peratus ke 80 peratus.
- Menerima penarafan 5-Bintang dan dilengkapi dengan empat beg udara, ABS/EBD/EBA/HDC/ESP, Brek Regeneratif serta kamera panoramik 360-darjah.
- Ditawarkan dengan pilihan rim aloi bersaiz 17-inci dan 18-inci, serta dilengkapi sistem suspensi MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang.
- Dilengkapi dengan panel instrumen LCD penuh bersaiz 10.25-inci dan unit inforia dengan skrin sesentuh bersaiz 10.25-inci.
Kami akan cuba mendapatkan lebih informasi berkenaan dengan model Kaiyi X3 Pro EV dari semasa ke semasa, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Har Chee
Kaiyi X3 Pro EV
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI