ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia!

Foto Intip

Views

Ketika kita masih ternanti-nanti dan tercari-cari info mengenai perkembangan mutakhir model SUV kompak Perodua D55L, laman Instagram rakan media kami di Indonesia, Autonetmagz telah memuatnaik satu foto intip yang dipercayai unit ujian Daihatsu Rocky atau Toyota Raize di Indonesia.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Unit ujian berwarna putih yang hanya dilitup dengan pelekat putih itu berjaya diksan oleh salah seorang pengikut laman sosial mereka bernama Zuhdan M Tata. Persoalan yang bermain di fikiran kami ketika ini adakah kembar D55L akan dipasang di Indonesia dan bukannya versi siap bina (CBU) dari kilang Perodua di Rawang?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Sebelum ini kami pernah terdengar ura-ura yang mengatakan model ini akan dipasang di Malaysia dan akan turut diimport ke negara jiran seperti di Indonesia dengan menggunakan lencana Daihatsu dan Toyota. Setakat ini, masih belum ada info terkini mengenai perkembangan D55L dan apa yang kami tahu ia sudah memulakan fasa ujian pengeluaran sejak bulan September lalu.

Dijangka Perodua akan melancarkan D55L dalam suku pertama 2021 dan ia dikatakan akan ditawarkan dalam  pilihan varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (paling tinggi). Apa pun, kita nantikan maklumat terkini mengenai D55L dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autonetmagz

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply