ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Kembar Perodua Myvi facelift, Daihatsu Sirion 2022 terdedah lebih awal sebelum pelancaran di Indonesia 3 Jun ini!

Foto Intip

Views

Kembar kepada Perodua Myvi facelift, Daihatsu Sirion 2022 sudah tiba di Indonesia! Beberapa foto model berkenaan tanpa ditampal dengan pelitup penyamaran berjaya dikesan oleh pemilik akaun Instagram bernama Rayhan Haikal.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pelancaran model hatchback yang dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari Malaysia itu dijadualkan pada 3 Jun 2022. Tidak seperti kembarnya di Malaysia, ia hanya ditawarkan dengan pilihan enjin 1.3L 1NR-VE yang menjana 95 PS dan 121 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan pula dengan transmisi D-CVT. Menurut wartawan permotoran Indra Fathan, Sirion 2022 bakal ditawarkan dengan dua varian sahaja, iaitu 1.3 X dan 1.3 R.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Walaubagaimanapun, ia tidak akan didatangkan dengan Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan lampu siang LED (DRL). Sungguhpun begitu, ada ciri-ciri baharu yang ditawarkan ada model facelift ini, antaranya lampu follow me home, lampu depan automatik, penyah kabus dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

Di Indonesia, model semasa Sirion mendapat sambutan yang ‘agak dingin’ dan adakah versi facelift ini nanti bakal mengubah nasibnya? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rayhan Haikal

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply