ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kereta peronda Proton X70 mula dihantar

Foto Intip

Views

Seperti yang kita sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka dengan pemerolehan kereta peronda (MPV) baharu dari model Honda Civic 1.8 dan juga Proton X70 1.8 bagi tugasan rondaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, pemilihan kereta itu dibuat selepas ujian teknikal pihaknya bersama syarikat Spanco Sdn Bhd bagi menggantikan kereta peronda yang telah tamat tempoh.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

PDRM bakal menerima sebanyak 850 buah MPV bagi tujuan penggantian kenderaan sedia ada meliputi 197 unit model kenderaan Proton X70 1.8 dan 653 unit model kenderaan Honda Civic 1.8. Berbalik kepada foto ini, kelihatan beberapa unit MPV Proton X70 dilihat sedang mula dihantar secara berperingkat kepada pihak PDRM.

Foto yang kami perolehi ini berjaya dirakam oleh Ebnu Md Amin, namun tidak diketahui di mana lokasi treler pengangkut ini ditemui dan ke mana arah destinasinya. Mungkin dalam tidak lama lagi kita bakal melihat kelibat MPV Proton X70 beraksi di jalan raya, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply