ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : KIA Forte generasi baharu sedang dipersiapkan – Bakal muncul di KLIMS18?

Views

Sebentar tadi rakan pembaca kami, Mike Maximiliano tengah menghantar beberapa foto KIA Forte generasi baharu yang sedang dalam proses membalut badan (body wrap). Foto-foto tersebut telah diperolehinya menerusi laman Instagram, Autoplate Division. Bila diamati, rupa-rupanya model dalam gambar ini masih lagi pemanduan sebelah kiri, mungkin ia sekadar untuk dipamerkan sebagai pratonton.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Firasat kami kuat mengatakan KIA Forte generasi baharu yang dibalut badan dengan pelekat krom ini bakal membuat kemunculan sulung di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 bermula Jumaat ini. Buat masa ini, masih belum ada apa-apa maklumat mengenainya di laman web mahupun Facebook rasmi KIA Malaysia. Nantikan perkembangan selanjutnya.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply