Hari ini meriah laman sesawang kami dengan pendedahan foto model SUV kompak terbaharu Perodua, Ativa (D55L). Pagi tadi kami menyiarkan dua foto model tersebut sedang dibawa turun dari treler pengangkut dan tengah hari tadi, dua lagi foto yang memaparkan sebahagian kit badan GearUpnya mula tular di media sosial.
Apa pandangan awal kami terhadap kit badan GearUp Ativa (D55L)? Secara jujur kami bersyukur kerana Perodua tidak lagi menghasilkan kit badan GearUp yang ‘terlajak meriah’ dengan kemasan krom. Sebenarnya, kit badan yang sporty tidak perlu terlalu berkilau seperti barang kemas atau kereta berhias.
Cukup lah sekadar ada sedikit calitan krom bagi menaikkan serinya dan kali ini Perodua melakukannya dengan betul. Rekaan keseluruhan kit badan GearUp Ativa (D55L) nampak harmoni dengan bentuk keseluruhan model tersebut menerusi permainan dwitona yang diselangi calitan krom pada bahagian tertentu sahaja.
Spoiler pada bampar depannya telah berjaya membawa imej lasak dan sporty dengan plat gelincir kemasan krom yang berbentuk seakan diffuser. Lampu LED yang berada pada bahagian spoiler depan mungkin menjadikan penampilan SUV ini lebih garang pada waktu malam.
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
Di bahagian belakang, ia nampak lebih ringkas dan hanya sedikit kemasan krom terlihat pada muncung ekzos berkembar yang semestinya sekadar hiasan semata-mata. Warna badan warna Pearl Delima Red ini pula nampak cocok dengan SUV bersaiz kecil, manakala ruang bagasinya pada kami, memadai dengan saiznya.
Apa pendapat anda mengenai kit badan GearUp Ativa (D55L)?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEM
KOMEN TERKINI