ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kompilasi video dan foto Perodua Bezza facelift di Tol Bukit Beruntung

Foto Intipan

Views

Meriah sungguh laman web kami hari ini dengan beberapa siri foto intipan Perodua Bezza facelift. Kali ini kami amat bertuah kerana mendapat kompilasi video dan foto Bezza facelift dengan resolusi tinggi yang telah berjaya dirakam oleh rakan pembaca, Ahmad Mukhlis petang tadi.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Menurutnya, treler pengangkut yang membawa muatan beberapa buah Myvi dan Bezza facelift berjaya di kesan sebelum Plaza Tol Bukit Beruntung. Menerusi foto-foto terbaharu ini kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah baharu Bezza yang setakat ini mendapat pujian di kalangan ramai warganet, khususnya pembaca setia kami.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Selain itu kita juga boleh lihat perincian pada bahagian bampar belakang, terutama sekali di bahagian penjuru bawah yang menempatkan sepasang pemantul cahaya. Setelah melihat beberapa foto Bezza facelift hari ini, kami membuat kesimpulan yang model ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan Perodua sebagai jenama nombor satu negara.

Model ini juga berkemungkinan besar akan meletakkannya kembali sebagai sedan segmen-A terlaris di Malaysia. Katanya, Perodua telah membuat beberapa penambahbaikan, khususnya sudut sandar kerusi penumpang belakang yang lebih condong selain ciri Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) pada varian terpilih dan mungkin pengenalan satu warna baharu.

Nantikan info selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply