ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Livan 9 atau Proton X90 versi EV dikesan di Indonesia, bakal model kedua Aletra?

Foto Intip

Views

Baru-baru ini akaun Instagram rasmi portal pemotoran di Indonesia, ber.kendara telah memuatnaik video dan foto unit ujian, SUV elektrik Livan 9 yang dilitupi pelekat penyamaran sedang berada di atas treler pengangkut kenderaan.

Livan 9 adalah model SUV elektrik yang berasaskan model Geely Haoyue di China atau Proton X90 di Malaysia.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Ia merupakan salah satu model di bawah Livan Auto yang merupakan sub-jenama Geely yang menyasarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) mampu milik untuk pasaran China.

Dari segi dimensi, Livan 9 berukuran 4,845 mm panjang, 1,890 mm lebar dan jarak tapak roda 2,825 mm.

SUV elektrik dengan pilihan 6 atau 7-tempat duduk ini dikuasakan oleh bateri jenis Nikel Mangan Kobalt (NMC) dengan dua pilihan kapasiti, iaitu 52.56 kWj dan 66.57 kWj yang dibekalkan oleh CATL.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Dengan pelitup penyamaran yang menggunakan reka corak yang sama dengan Livan Maple 80V Pro yang kini sedang diuji oleh Aletra, besar kemungkinan ia bakal menjadi model kedua bagi jenama EV baharu dari Indonesia itu.

MPV elektrik tersebut bakal membuat kemunculan di Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) 2024 pada 22 November hingga 1 Disember nanti, manakala penghantarannya akan bermula pada bulan Mac 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ber.kendara

Livan 9

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply