ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Lynk & Co 01 dan 02 dikesan di Genting Highlands

Views

Ingat lagi tak foto intipan Lynk & Co 02 yang kami naikkan pada minggu lepas? Ternyata info dari perisik terkenal kami Mat Bond tidak pernah mengecewakan, memang benarlah ada beberapa unit Lynk & Co 01 dan Lynk & Co 02 sedang diuji oleh jurutera R&D Proton ketika ini. Foto intipan terbaharu ini telah dikongsikan oleh rakan pembaca kami Mike Maximiliano.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Aruz terdedah semasa tiba di bilik pameran

Menurutnya, foto tersebut yang dimuat naik ke laman Facebook Aurizn Malaysia berjaya dirakam oleh individu bernama Weasley yang telah menemui kedua-dua model SUV ini di dalam kawasan parkir Genting Highlands Premium Outlets. Buat masa ini, apakah tujuan sebenar kedua-dua model yang masih dalam pemanduan sebelah kiri ini masih belum diketahui. Hanya kami buat beberapa spekulasi dalam artikel sebelum ini.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply