ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Lynk & Co 02 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

Views

Foto intipan Lynk & Co 02 ini sudah pasti bakal menjadi topik hangat ‘membawang’ para peminat automotif di Malaysia. Sebentar tadi, rakan media kami di Carlist.my telah memuat naik satu foto model tersebut yang memakai plet perdagangan di kesan berhampiran kilang Proton di Shah Alam. Unit yang dikesan ini juga langsung tidak memakai sebarang celoreng penyamaran.

Setakat ini kami tidak mendengar lagi ‘ura-ura’ untuk membawa masuk jenama ini ke Malaysia dalam masa terdekat namun firasat kami mengatakan yang model ini mungkin sedang menjadi ‘keldai ujian’ SUV kedua Proton yang bakal dilancarkan nanti. Model SUV kompak segmen-B itu sebenarnya berkongsi pelantar yang sama dengan Volvo XC40.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?

Jadi tidak hairanlah jika unit Lynk & Co 02 digunakan oleh Proton untuk membuat ujian awal terlebih dahulu sebelum prototaip sebenar siap sedia untuk diuji. Untuk pengetahuan semua, Lynk & Co merupakan sub jenama usahasama Geely Auto, Volvo, dan Zheijiang Geely Holdings yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan konsep pajakan, tidak seperti pemilikan kenderaan yang konvensional. Ia telah dilancarkan pada 2015 di China.

Penemuan unit Lynk & Co 02 ini mungkin juga ada kaitan dengan penemuan X70 dengan transmisi 7-kelajuan DCT dalam artikel kami yang lepas. Ada kemungkinan juga model ini sedang diuji untuk pemanduan sebelah kanan kerana Geely sememangnya berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya kilang Proton di Tanjung Malim sebagai hab pengeluaran mereka di rantau ini.

Kami akan cuba kerahkan Mat Bond untuk melakukan kerja-kerja risikan dalam masa terdekat, tunggu!

JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply