Sebuah treler pengangkut kenderaan yang sedang membawa beberapa unit Mitsubishi Xpander facelift 2024 tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dikesan oleh salah seorang ahli group Mitsubishi Xpander Owners Club (MXOC) bernama Putra Yahya Hashim siang tadi.
Tidak dinyatakan lokasi treler pengangkut itu dikesan dan ke manakah arah tujuannya, namun ia seolah-olah memberi ‘petanda awal’ yang Xpander facelift 2024 bakal dilancarkan dalam tempoh yang terdekat.
Dalam artikel terdahulu, sebuah treler pengangkut yang membawa beberapa buah model baharu yang dilitupi fabrik hitam telah berjaya dirakam berhampiran dengan kilang pemasangan Mitsubishi di Pekan, Pahang.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Besar kemungkinan kedua-dua model tersebut adalah Mitsubishi Xforce dan juga Xpander facelift 2024. Berbalik kepada foto intip terbaharu ini, ia telah memperlihatkan beberapa pembaharuan yang dibuat pada Xpander facelift.
Antara yang boleh dilihat adalah reka bentuk Dynamic Shield serba baharu dengan lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T, lampu siang LED dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.
Di bahagian sisi, kita dapat melihat kit badan (skirt sisi) dengan kemasan dwitona dan juga rekaan rim aloi lima jejari serba baharu, juga dengan kemasan dwitona.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Bahagian belakangnya juga mengalami perubahan kosmetik, terutama pada bampar dan rekaan dalam kluster lampu belakang yang menampilkan jejalur lampur berbentuk huruf-T.
Selain luaran, ruang kabin Xpander facelift turut mengalami perubahan, terutama sekali rekaan papan pemuka serba baharu yang lebih bersegi.
Perubahan besar seterusnya adalah pada transmisinya dan kini tiada lagi transmisi automatik 4-kelajuan yang bakal digantikan dengan unit CVT.
Setakat ini masih belum ada sebarang informasi ataupun pengumuman bilakah Xpander facelift 2024 akan dilancarkan secara rasmi. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Putra Yahya Hashim
Foto rasmi Xpander facelift
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI