ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Modenas uji motosikal 400cc?

Views

Panas!!! Kami baharu sahaja menerima dua keping foto sebuah naked bike misteri yang telah berjaya dikesan oleh Mohammad Nazri di stesen minyak Petronas, Pekan Gurun di Kedah. Setelah membuat pengecaman dan sedikit kajian, kami membuat kesimpulan model yang sedang diuji ini adalah sebuah lagi motosikal baharu Modenas hasil usahasama dengan Bajaj Auto.

Model tersebut adalah Bajaj Dominar 400, jentera dengan enjin satu silinder berkapasiti 373.27 cc sejukan cecair yang dikongsi bersama KTM Duke dan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan manual. Gandingan penjana kuasa dan transmisi tersebut mampu menghasilkan kuasa maksima – 35bhp @ 8,000rpm dan tork maksima – 30Nm @ 6,500rpm. Motosikal ini hanya memerlukan 8.3 saat untuk memecut dari 0-100 km/h dan kelajuan maksimanya mencecah 148km/h.

Di negara kelahirannya India, Bajaj Dominar 400 ditawarkan dengan dua pilihan varian, versi ABS dan versi tanpa ABS. Harga jualan model ini di India adalah di bawah RM10k. Kami jangkakan harga jualan model ini akan berada lebih tinggi dari harga Modenas Pulsar RS200 dan menurut risikan Mat Bond, model ini bakal dilancarkan pada bulan November ini.

Nantikan kemunculannya!

Yang belum menonton ENGEAR : Episod ke-5 Modenas Pulsar NS200, anda boleh tonton video di bawah ini

Modenas Pulsar NS200 - Motor Kamen Rider : ENGEAR Review EP5

KLIK UNTUK BESARKAN

Bajaj Pulsar/Dominar 400

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply