ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Myvi facelift mula tiba di bilik pameran

Foto Intip

Views

Menjelang pelancaran rasmi Myvi facelift pada 18 November (Khamis ini), treler pengangkut yang membawa model tersebut mula tiba ke bilik pameran. Kelibat salah sebuah treler tersebut telah berjaya dikesan di hadapan bilik pameran Perodua Kuantan Branch di Jalan Dato’ Wong Ah Jang pagi tadi.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Foto-foto tersebut telah pun dimuatnaik ke akaun Facebook komuniti Pahang Darul Makmur. Kelihatan beberapa unit Myvi facelift berada di atas treler tersebut, antaranya berwarna Electric Blue, Granite Grey dan Glittering Silver.

Kita dapat melihat dengan jelas rekaan lampu LED baharunya yang digelapkan pada bahagian atas. Rimnya masih lagi mengekalkan bentuk pada model semasa manakala cermin sisinya telah dicat dengan warna hitam.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Unit yang berwarna Electric Blue dalam foto tersebut adalah dari varian 1.5 liter H yang merupakan varian pertengahan untuk versi berenjin 1.5 liter. Dua lagi varian untuk 1.5 liter adalah AV (Advance) dan X, manakala untuk 1.3 liter G pula ditawarkan dengan dua varian.

Akaun Facebook rasmi Perodua hari ini turut menyiarkan satu lagi video acah Myvi facelift yang memaparkan salah satu ciri yang ditawarkan dalam Perodua Smart Drive Assist (PSDA) dan juga imbasan papan pemuka dan ruang kabinnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pahang Darul Makmur

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply