Semalam baharu sahaja kami menyiarkan foto-foto terbaharu Iriz MC2 versi crossover dan ia turut tular di beberapa portal rakan media automotif yang lain. Hari ini, muncul pula dua foto yang berkemungkinan besar sebahagian daripada konsol tengah papan pemuka model tersebut.
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
Kami tidak pasti dari manakah sumber asalnya dan jika diperhatikan, bentuknya sama seperti foto papan pemuka yang masih belum siap dalam artikel ini. Penulis merasakan foto-foto ini ‘sengaja dikerat’ supaya tidak mendedahkan rupa keseluruhan papan pemuka itu.
Nampaknya unit infohiburan jenis terapung baharu, kelihatan seperti unit yang sama pada model Saga, manakala bentuk corong pendingin hawa kini berada di bawah skrin, dah tidak lagi mengapitnya seperti model semasa.
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
Foto yang seterusnya memperlihatkan unit kawalan pendingin hawa jenis digital yang kelihatan seperti versi diubahsuai dari X50. Yang berbeza cuma kemasan yang banyak menggunakan warna hitam berbanding X50 yang lebih banyak menggunakan kemasan krom terutama pada tombolnya.
Selain itu, kelihatan juga satu skrin kecil yang memaparkan suhu, tahap pelarasan dan maklumat lain yang berkaitan. Buat masa ini, kami masih belum ada lagi sebarang maklumat terkini mengenai Iriz dan Persona MC2 yang diperolehi dari ejen perisik, Mat Bond.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
KOMEN TERKINI