ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Foto Intipan

Views

Penantian peminat Nissan Almera 2020 akhirnya terjawab nanti dengan munculnya beberapa foto intipan model tersebut yang memulakan ujian jalan raya di Malaysia. Foto-foto panas ini berjaya dirakam oleh Kevin Lee‎ dan telah dikongsikan ke laman peminat kereta Live Car Breathe Car sebentar tadi.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Kelihatan dua unit ujian yang lengkap dengan mod penyamaran di bahagian muncung depan dan belakang telah berjaya dikesan sekitar Jalan Dutamas Raya. ‎Dalam artikel terdahulu, beberapa unit Almera 2020 yang berbungkus telah dikesan atas treler pengangkut di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai desas-desus yang mengatakan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCM) kini sedang siap sedia untuk membawa masuk dua model baharu ke pasaran Malaysia tahun depan. Dua model tersebut adalah Almera 2020 (N18) dan juga SUV kompak Kicks.

Menurut info  dari ejen perisik Mat Bond, Almera versi Malaysia nanti akan memiliki spesifikasi yang sama dengan model dari Jepun. Ia akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluaran milik ETCM di Serendah. Almera 2020 akan dikuasakan oleh enjin 1.0 liter turbo dan fasa pengeluaran massa model sedan ini bermula pada suku kedua 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Nissan Versa/Almera 2020

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply