ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Nissan Almera facelift 2023 jalani ujian di Thailand

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Nissan Almera facelift 2023 telah dikedan sedang menjalani ujian jalan raya di negara jiran kita, iaitu Thailand. Ia telah dikesan oleh seorang warganet bernama Nattanon Sinlavat.

Unit ujian tersebut hanya mengenakan sedikit sahaja pelekat hitam yang ditampal pada bahagian jeriji hadapan yang menampilkan rekaan jeriji ‘V-Motion‘ dan logo Nissan yang baharu. Di belakang, hanya bahagian emblemnya sahaja yang ditutup.

Sebenarnya, unit ujian ini telah mula dikesan sejak Februari lalu di Thailand, namun pada ketika itu ia ditampal dengan pelitup celoreng yang bahagian jeriji dan bampar depan.

Di pasaran Amerika Syarikat, model yang dikenali sebagai Nissan Versa ini ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu S, SV, dan SR.

Walaubagaimanapun, varian S tidak menerima kemaskini untuk 2023, tetapi Nissan akan menawarkan pakej baharu S Plus.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia dilengkapi ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk belakang boleh dilipat 60/40 dan rim aloi 16-inci. Antara ciri standard Versa S termasuklah paparan sesentuh 7.0-inci, tiga port USB dan kemasukan tanpa kunci kawalan jauh.

Varian pertengahan, iaitu SV menerima konsol tengah dengan perehat tangan, pad pengecasan telefon nirwayar dan warna kabin baharu, Chambray.

Varian SR juga didatangkan dengan konsol dan perehat tangan, tetapi dengan tambahan skrin sesentuh 8.0-inci, Kawalan Jelajah Pintar, kawalan iklim automatik dan perkhidmatan ketersambungan.

Kedua-dua varian SV dan SR ditawarkan dengan pilihan warna Gray Sky Pearl, manakala varian SR dipasang dengan rim aloi rekaan baharu bersaiz 17-inci.

Dari aspek keselamatan, Versa dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti brek kecemasan automatik dengan pengesanan pejalan kaki, bantuan suluhan lampu tinggi, brek belakang automatik, amaran keluar lorong, amaran lintasan-belakang dan amaran titik buta.

Versa dijana oleh enjin 1.6-liter empat-silinder yang masih mengekalkan output sebanyak 122 kuasa kuda dan 154 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Varian S didatangkan dengan transmisi lima-kelajuan manual (standard) dengan pilihan kotak gear CVT Xtronic yang merupakan transmisi standard bagi varian SV dan SR.

Untuk pasaran rantau Asia Tenggara (ASEAN), besar kemungkinan Nissan akan mengekalkan enjin 1.0 liter turbo (100 PS dan 152 Nm daya kilas) yang digandingkan dengan kotak gear CVT Xtronix dengan D-Step Logic.

Ada kemungkinan, Almera facelift untuk pasaran rantau ini bakal ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid yang digunakan oleh model Kicks e-Power.

Rangkaian kuasa ini menggabungkan enjin 1.2-liter HR12DE aspirasi alami (NA), bateri 2.06 kWj dan motor elektrik yang menjana 136 PS/280 Nm daya kilas.

Buat masa ini, tidak dipastikan sama ada Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan menawarkannya ke pasaran tempatan. Namun, unit ujian generasi keenam Nissan Serena (C28) telah mula kelihatan di jalan raya Malaysia, baru-baru ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nattanon Sinlavat

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply