ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

Foto Intipan

Views

Akhirnya kami berjaya juga mendapatkan foto papan pemuka Proton Iriz MC2 yang dipandu oleh Tun Dr Mahathir sebentar tadi. Secara kasar memang papan pemukanya tidak berubah secara drastik, namun ada perubahan minima telah dilakukan dan berjaya memberi impak visual yang agak ketara .

Yang pertama pada panel meter yang kini menampilkan kombinasi digital dan analog. Rekaan meter analog Iriz MC2 lebih ringkas dengan penggunaan huruf yang lebih mudah dibaca dengan menggunakan pencahayaan berwarna putih pada jarum meter dan nombor.

Meter tersebut dikelilingi dengan lingkaran bulatan berwarna krom dan di tengah-tengah kedua-dua meter analog ini kelihatan sebuah skrin digital bersaiz sederhana yang akan memaparkan pelbagai maklumat. Sekali imbas kombinasi meter baharu ini persis rekaan meter pada model Volkswagen.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Perubahan kedua terletak di konsol tengah yang kini menampilkan unit infohibur dengan skrin sentuh yang bersaiz agak besar. Ia merupakan unit yang baharu dan dikatakan ia mempunyai ciri Arahan Suara yang boleh mengaktifkan aplikasi atas talian, namun ia tidak boleh menurunkan atau menaikkan tingkap seperti pada model X70.

Yang ketiga pula, tombol gearnya juga berubah dan ia kini dengan rekaan serba baharu. Sekilas pandang ia seakan tombol gear yang ada pada model X70.  Kami tidak pasti sama ada ia berkongsi komponen yang sama ataupun tidak. Batang tombol gear kini telah disarung dengan bahan kulit/PVC dan ia nampak lebih mewah.

Kami difahamkan pertukaran gearnya kini lebih lancar dan responsif.  Dari segi NVH ia dikatakan lebih senyap berbanding model sedia ada. Sebenarnya ada satu perkara terlintas difikiran kami, adakah Proton hanya membuat penalaan semula pada transmisi CVT sedia atau ia telah ditukar dengan transmisi lain secara senyap-senyap. Setakat yang kami tahu memang tiada perubahan dilakukan.

Mana tahu ada kejutan kan? Tunggu!

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply