ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Penampakan Kia Rio Sedan tanpa sebarang mod penyamaran di Mexico

Views

Pemilik akaun Twitter bernama HUBEMX telah berjaya mengesan sebuat unit ujian Kia Rio Sedan generasi baharu di Mexico. Difahamkan ia merupakan model yang berspesifikasi global. Walaupun rekabentuk hadapan Kia Rio Sedan seiras dengan versi hatchback namun ia nampak lebih sporty berbanding model sebelumnya. Bahagian belakangnya juga lebih bergaya dengan kehadiran lampu belakang dan bumpar rekaan baharu.

Versi sedan Kia Rio ini 15 mm lebih panjang, 5 mm lebih lebar dan 5 mm lebih rendah serta mempunyai jarak roda 10 mm lebih panjang. Ruang bagasinya juga bertambah 37 liter menjadi 325 liter. Penjana kuasa model ini mungkin sama sahaja dengan versi hatchback, dan ia bakal menampilkan enjin 1.0-liter T-GDI turbocharged tiga-silinder petrol serba baharu. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat diperolehi mengenai tarikh pengenalan rasminya secara global.

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-Kia-Rio-Sedan-front-three-quarters-spy-shot 2017-Kia-Rio-Sedan-profile-spy-shot 2017-Kia-Rio-Sedan-rear-three-quarters-left-side-spy-shot 2017-Kia-Rio-Sedan-rear-three-quarters-right-side-spy-shot

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply