ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Foto Intipan

Views

Sekali lagi unit ujian Daihatsu Tanto berjaya dikesan oleh seorang warganet, Saiful Hamdan‎ dan ia telah dikongsikan ke laman Facebook Live Car Breathe Car kira-kira sejam yang lalu. Unit tanpa sebarang celoreng penyamaran dan hanya menutup bahagian logo Daihatsu ini telah dikesan di hadapan pusat asuhan kanak-kanak Q-Dees di Jenjarom.

JOM BACA >> Bezza berwajah baharu bakal tiba – Ini apa yang kami jangka berubah dan Perodua wajib perbaiki

Kami mengesyaki ia digunakan untuk tujuan menguji Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) atau Smart Assist yang bakal digunakan pada model terbaharu Perodua nanti. Sebab itulah ia tidak mengenakan sebarang mod penyamaran dan ia bukanlah model pengganti Kenari seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Seperti yang dikatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk  Zainal Abidin Ahmad sebelum ini, ciri bantuan keselamatan pintar ini akan dipasang pada semua model keluarannya (varian tertentu) pada masa datang. Sebelum ini, model yang sama telah beberapa kali dikesan sedang menjalani ujian di jalan raya dan kali terakhir kami memperolehi foto intipannya adalah pada bulan Mei yang lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply