ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Persona facelift ditemui lagi, rekaan rim jelas kelihatan

Views

Sebentar tadi rakan kami, Mohd Sabri Mohd Sirah telah berjaya mengesan kelibat sebuah unit ujian Persona facelift di sekitar kawasan Rehat dan Rawang arah Utara. Apabila kami bandingkan nombor plet perdagangannya dengan unit yang dikesan sebelum ini, ia bukanlah unit yang sama.

Kali ini kita dapat melihat reka bentuk rim aloinya dengan lebih jelas dan jangkaan awal kami ia mempunyai lapan jejari tebal meleset. Ini kerana rim yang sebenar mempunyai 16 jejari yang lebih nipis. Dari pandangan sisi, nampak rim ini secocok dengan bentuk keseluruhan Persona facelift.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Di bahagian depan dan belakang model ini masih lagi sarat dengan pelekat celoreng penyamaran namun kita masih boleh melihat sedikit rupa bampar serta jerijinya. Lampu belakang dan belakang masih kekal dan kami difahamkan Proton menambah baik lagi NVH nya berbanding model semasa.

Persona facelift bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan bersama-sama model Iriz MC2. Jangkaan kami, kedua-duanya akan diperkenalkan sebelum Tahun Baharu Cina atau selewat-lewatnya sebelum suku pertama tahun 2019 berakhir. Nantikan info dan foto intipan seterusnya!

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Jangan jadi macam saya, penyokong tegar Proton yg akhirnya disondol syarikat yg tak guna ini. Memang menyesal dan takkan beli kereta Proton lagi selagi saya hidup. Sekarang saya faham kenapa sales Honda lebih tinggi daripada Proton.

    Saya bawak Suprima S, tak sampai 3 tahun, mileage tak sampai 45000km, takde mod, tak lenjan, tak bawak laju. Stock standard je. Tapi, CVT masih boleh hancur. Hantar the CoSE, bukan mana-mana service center tepi jalan, diorang boleh terus confirm gearbox rosak, tapi kata kena buat report, kena dapatkan approval baru boleh ganti gearbox, etc. Yang paling sial, diorang kata kereta kena ditinggalkan kat CoSE untuk 2 minggu!!! Apa kejadah ni?? Ni pusat service CoSE bai, bukan apa workshop tiga-suku dealership Proton kat kawasan luar bandar!!

    Service quality kat CoSE pun punyalah teruk. Aku kena call untuk check apa update, diorang langsung tak kisah nak call untuk update customer pun!

    So, pendek cerita, tak kisah lah kalau diorang ada 1 juta pusat 4S di seluruh negara. Kalau tahap service kat CoSE dah hampeh dan haprak macam ni, dan kalau Proton masih berdegil nak terus menggunakan Punch CVT yg bermasalah ni, lebih baik lingkup je la.

    Dengan penghasilan kenderaan berdasarkan model-model Geely sekalipun, tak kisahlah kalau kereta-kereta tu takde problem engine dan gearbox mcm kombinasi Campro/CFE dengan Punch CVT sekarang, service quality tu yg akan menentukan tahap kepuasan pemilikan kereta jenama Proton. Dari segi ini, aku rasa dgn tahap service macam tahi dari Proton, tak payah nak haraplah jenama Proton ni bangkit kembali tak kira apa pun platform kereta yg dikeluarkan.


    • lain kali nak beli, tengok review daripada pengguna biasa. semua tahu cvt proton is bad. kalau nak beli proton, beli model manual jer

Leave a Reply