ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Peugeot 308 2021 model pertama guna logo baharu

Foto Intip

Views

Wah! Nampaknya jurufoto pengintip telah berjaya merakam kelibat model Peugeot 308 generasi baharu (2021) yang sedang dimasukkan ke dalam sebuah trak. Meskipun ia masih lagi dilitupi fabrik hitam, namun sebahagian anggota badannya telah terdedah, terutama sekali rekaan hadapanya yang kelihatan lebih garang.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Buat pertama kalinya, identiti korporat baharu Peugeot telah digunakan pada model ini yang menampilkan reka bentuk kepala singa yang lebih ringkas dan moden. Legasi keluarga Peugeot baharu turut ditampilkan pada wajah hadapan model 308 2021 menerusi rekaan jeriji yang unik bersambung dengan sepasang lampu depan yang sepet.

Lampu itu pula membentuk rupa seakan taring yang menempatkan lampu siang (DRL). Reka bentuk bamparnya pula nampak lebih sporty dengan corong angin berbentuk trapezoid, manakala lekukan pada hudnya pula nampak lebih menonjol dengan emblem nama 308 berada di bahagian atas jeriji.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Dari sisi model ini nampak mantap dengan permainan garis badan dan lekuk yang membuatkannya nampak lebih sasa. Kelihatan juga logo baharu Peugeot bersaiz lebih kecil pada bahagian fender tayar hadapannya. Agak malang, bahagian belakangnya masih tertutup dan hanya kelihatan sedikit sahaja bampar dengan kemasan hitam berkilat dan corong ekzos krom berkembar.

Peugeot 308 dijangka bakal membuat kemunculan dalam masa terdekat dan akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan penjana terdiri daripada petrol, diesel, hibrid dan juga hibrid plug-in. Besar kemungkinan salah satu daripada varian hibrid plug-in itu adalah versi Peugeot Sport Engineered yang mampu menjana 296 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carscoops.com

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply