ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Exora berjaya dikesan di Lahore

Views

Jauh juga Proton Exora merantau ye! Laman sesawang CarSpiritPK telah memuat naik beberapa foto intipan MPV Proton yang berjaya dikesan sekitar Lahore, Pakistan buat pertama kali. Menurut laman tersebut, awal tahun ini Al-Haj Group of Pakistan telah menandatangani perjanjian dengan Proton sebagai pengedar sah eksklusif dan juga pemasang kenderaan jenama tersebut di negara Pakistan.

Exora yang dikesan itu menggunakan nombor pendaftaran BNR-688 (Sindh) telah disahkan milik Al-Haj FAW Motors Private Limited menerusi carian dari laman web eksais dan cukai. Menurut perjanjian tersebut, Al-Haj akan memperkenalkan kenderaan moden dan teknologi maju termasuklah model hatchback, sedan, crossover, SUV dan MPV di Pakistan. Dilaporkan bahawa Al-Haj juga telah membeli sebidang tanah untuk diibangunkan sebagai kilang pemasangan berasingan untuk kereta Proton di Karachi.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?

Selain Exora, model generasi ketiga Saga dikatakan turut menjalani fasa ujian di Pakistan. Tambah laman sesawang itu lagi, ia merupakan perkembangan yang baik selepas pelaksanaan Polisi Auto baharu yang bakal menyaksikan kereta berkualiti yang disasarkan untuk pembeli pasaran massa di Pakistan. Kedua-dua model ini pasti akan menjana persaingan sihat di pasaran negara tersebut, dan sekali lagi Al-Haj bakal menjadi penerajunya.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi foto model Perodua Bezza yang turut dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di sekitar Karachi namun ia menggunakan lencana Toyota. Model sedan kompak itu dipasang di Malaysia dan akan diimport sepenuhnya dari Malaysia oleh pengedar rasminya di Pakistan, Toyota Indus Motors Company (Toyota IMC). Pastinya berita ini memberi perkhabaran menarik buat industri automotif negara sempena awal tahun 2019.

Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply