ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Iriz facelift masih lagi diuji?

Foto Intipan

Views

Kami ingatkan Proton dah hentikan ujian jalan raya Iriz facelift memandangkan pelancarannya akan dibuat dalam masa yang terdekat. Rupa-rupanya jangkaan kami meleset kerana petang semalam rakan pembaca kami Muhamad Nur Affieq telah mengirimkan beberapa foto unit ujian model tersebut yang masih lagi dalam mod penyamaran.

Sebenarnya ia telah berjaya dikesan dan dirakam oleh Nadhira Ahmad Najib di hadapan kilang Proton di Shah Alam. Tidak dipastikan apa lagi yang masih diuji oleh Proton, mungkin masih ada lagi data-data yang diperlukan oleh para jurutera pembangunan sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Menurut info yang kami perolehi sebelum ini, Iriz dan Pesona facelift akan dilancarkan serentak pada 18 Mac nanti. Pihak media juga telah dipertontonkan dan juga diberi peluang untuk memandu uji kedua-dua model tersebut baru-baru ini.

Tempahannya juga telah dibuka secara rasmi dan jualan kilat model tersebut dengan bayaran deposit hanya RM9.99 masih lagi berlangsung sehingga 22 Mac 2019. Mesti ada yang dah tak sabar untuk memandu ujinya nanti kan? Tunggu!

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply