ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Proton Iriz R3 Limited Edition bersama Persona dan Exora Black Edition mula tiba di bilik pameran

Foto Intip

Views

Menjelang detik pelancaran beberapa model Edisi Khas Proton yang akan dilangsungkan secara maya Khamis ini (18 Februari 2021), unit-unit pameran mula tiba secara berperingkat di pusat pengedar seluruh negara. Beberapa foto intip Proton Iriz R3 Limited Edition bersama Persona dan Exora Black Edition yang telah dimuat naik ke laman Facebook New Proton Cars Johor Bahru dan Proton Perodua JOHOR sejak pagi tadi.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Seperti yang penah kami dikatakan sebelum ini, kesemua model Edisi Khas yang akan dilancarkan itu nanti dicat dengan warna luaran hitam. Apa yang membezakan versi R3 Limited Edition dengan Black Edition cuma kemasan warna kuning pada beberapa bahagian tertentu pada model Iriz selain pelekat dengan grafik R3 pada cermin depan dan belakang serta bahagian sisi badan.

Kita juga dapat perhatikan kemasan berwarna gelap pada jeriji model Black Edition serta rim yang berwarna seakan gangsa. Warna rim Iriz R3 Limited Edition pula kelihatan lebih gelap dengan saiz yang nampak lebih besar, berkemunginan 16-inci.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Papan pemuka Iriz R3 Limited Edition juga dihiasi dengan kemasan warna kuning pada tombol dan corong pendingin hawa, lingkaran pada meter, butang kawalan serta kemasan jahitan pada stereng. Jika anda perasan, ada satu emblem logo R3 Limited Edition dilekatkan di sebelah kiri corong pendingin hawa pada konsol tengah.

Agak malang kita tidak dapat melihat kemasan papan pemuka Persona Black Edition kerana dihalang oleh pantulan objek pada cermin. Namun, kami jangka tiada perubahan ketara dilakukan dan ia masih kekal seperti model semasa dengan kemasan yang dipertingkatkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply