ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Saga dengan warna baharu ditemui

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto intipan Proton Saga dengan warna baharu yang telah berjaya dikesan oleh Muhammad Amir Amri. Foto intipan ini juga telah dimuatnaik ke laman Facebook group pemilik Saga, SAGA VVT OWNER CLUB (SAVVTOC). Saga warna biru baharu ini mungkin ditemui di kawasan parkir sebuah premis perniagaan di sekitar Lembah Klang.

Ada kemungkinan warna biru yang lebih gelap ini bakal menggantikan warna biru yang digelar Doraemon pada model semasa. Namun ada perkara yang lebih menarik dari warna baharu ini sebenarnya.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Ada maklumat yang mengatakan berkemungkinan Proton akan menggantikan transmisi CVT yang ada pada model ini kepada transmisi automatik 4-kelajuan tidak lama lagi. Namun kesahihan maklumat ini belum dapat disahkan dan kami sedang cuba ‘mengorek’ maklumat lain dari rakan-rakan kami.

Jika benar, ia mungkin satu keputusan yang kami rasa tepat dari pihak pengurusan Proton memandangkan transmisi CVT yang ada kerap memberikan masalah kepada pemiliknya. Pada kami, lebih baik berubah kepada transmisi yang lebih mudah untuk diselenggara dan lebih tahan lasak jika tidak mahu timbul pelbagai masalah dan rungutan dari pemilik pada masa akan datang. Betul tak?

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • warna biru ni huduh, patutnya macam iriz atau suprima S. patutnya, proton buat saga vvt ni 4AT time keluar dulu. sebab apa. model ini model murah segmen A. buat apa nak guna CVT yang terkenal dengan kos tinggi?

Leave a Reply