ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton Saga MC2 masih diuji

Foto Intip

Views

Sekali lagi rakan pembaca kami, Putra Kamrin Azran telah berjaya mengesan kelibat sebuah unit ujian Saga MC2 petang semalam di Seksyen 16 menghala ke Lebuh Raya SPRINT.

Nampaknya, Proton masih lagi menguji unit berkenaan yang dilihat hanya ditampal dengan pelekat celoreng penyamaran di bahagian rim dan juga kit badannya.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ini merupakan kali yang kedua individu yang sama terserempak dengan unit berkenaan dan kali yang pertama ia telah ditemui di laluan dari CGC menuju ke Plaza Tol NKVE, Subang Jaya.

Penemuan unit ujian itu sekali gus mengesahkan info dari ejen perisik Mat Bond dalam artikel terdahulu yang mengatakan Proton akan memperkenalkan model ‘perubahan kecil/minor’ Saga yang terakhir sebelum model serba baharu membuat kemunculan pada 2023/24.

Ada ura-ura mengatakan, model Saga MC2 ini akan menggunakan enjin S4PE yang dikecilkan kapasitinya kepada 1,299 cc berbanding versi asal 1,332 cc, sama seperti Saga di Pakistan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Ia masih mengekalkan transmisi 4-kelajuan automatik dari Hyundai. Meskipun kapasitinya 34 cc lebih rendah, dari segi output ia masih mampu menghasilkan 95 PS dan daya kilas maksima 120 Nm, sama seperti enjin semasa.

Ada kemungkinan pelancaran model ini akan sedikit lewat dari jadual asal berikutan beberapa vendor Proton baharu sahaja pulih dari bencana banjir besaryang melanda baru-baru ini.

Apa pun kita nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Putra Kamrin Azran

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply