ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift dikesan sekitar Pagoh

Views

Foto intipan pertama pada tahun ini baharu sahaja dikirim menerusi pesanan peribadi laman Facebook kami sebentar tadi. Yang menarik buat pertama kalinya, kami memperolehinya dari seorang pembaca wanita bernama Siti Hajar. Kelibat dua unit model ujian yang masih berceloreng, sebuah Iriz MC2 dan sebuah lagi Persona facelift telah berjaya dikesan sekitar Pagoh, Johor pagi tadi.

Dalam hati kami terus terdetik, jauh betul Proton uji dua-dua model naik taraf ini. Takkan lah ia sekadar menguji bampar baharu dan penghalusan NVH semata-mata kan? Tetapi kami masih belum mendapat maklumat yang mengatakan ada perubahan pada kotak gearnya ataupun tidak.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Sebelum ini, kami pernah mendengar Proton akan menukar kotak gear CVT yang dibekalkan oleh Punch kepada automatik 4-kelajuan atau 5-kelajuan yang dibekalkan oleh Geely namun ia sekadar khabar angin semata-mata. Setakat ini kami hanya diberitahu Proton akan terus mengekalkan transmisi CVT sedia ada pada kedua-dua model tersebut.

Kami juga masih belum mendapat info bilakah kedua-dua model ini bakal dilancarkan ke pasaran, tetapi kami dimaklumkan beberapa ratus unit Persona facelift telah memasuki fasa pengeluaran bulan lepas. Dijangkakan salah satu daripada model ini akan diperkenalkan terlebih dahulu. Jika merujuk kepada info tadi sudah pasti Persona facelift akan dilancarkan terlebih dahulu dan kemudiannya disusuli dengan model Iriz MC2.

Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Pagoh jauh? Eh biasa la tu. Naik highway kejap jer pun. Nk rnd kn la through out. Knp la ckp jauh pula? Cam keta proton ni jln2 kl jer?

Leave a Reply