ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Foto Intipan

Views

Proton kini dilihat semakin kerap menguji bakal model baharu mereka X50 dan X70 CKD. Utara, Selatan, Barat semua mereka dah lalui dan kali ini kelihatan sebuah X50 berceloreng penuh dan sebuah lagi X70 CKD berjaya diintip di sempadan negeri Terengganu (mungkin di Kemaman) pagi tadi. Video kedua-dua unit ujian tersebut sempat dirakam oleh Azrulnizam Azis.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Walaupun durasi video ini hanya 13 saat tapi kami seronok melihat aksi kejar-mengejar dua beradik ini yang dipandu dengan agak laju. Kita juga dapat melihat perbandingan saiz kedua-dua SUV ini ketika di jalan raya dan kelihatan X70 lebih tinggi berbanding X50.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Kami syak kedua-dua unit ujian ini sedang menguji kombinasi enjin, 1.5 Drive E turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (7 DCT), memandangkan kedua-duanya akan berkongsi penjana tenaga yang sama. Buat masa ini belum ada perkembangan terkini mengenai kedua-duanya, tapi kami jangka Proton sudah bersedia untuk mengeluarkan versi CKD X70 dalam skala massa dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply